Monday 14 March 2016
Monday 7 March 2016
KUMPULAN 7
JABATAN
|
JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
|
NAMA & KOD KURSUS
|
DUA2012 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
DALAM ISLAM
|
TAJUK
|
KAEDAH FIQH DALAM SAINS, TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN
1.
Kesukaran mejadi
sebab kepada kemudahan dan keringanan.
2.
Kemudahan hendaklah
dihilangkan.
|
NAMA PENSYARAH
|
USTAZAH SURIYANI
|
KELAS
|
DIS2B
|
NAMA PELAJAR 1
|
MUHAMAD FARIS IMADI BIN RAZAK
|
NO PENDAFTARAN
|
25DIS15F1010
|
NAMA PELAJAR 2
|
MOHAMAD SYAFIQ DANIAL BIN RAMLI
|
NO PENDAFTARAN
|
25DIS15F1080
|
NAMA PELAJAR
|
SYED KHAIRUL RASHID BIN SYED RAHMAD
|
NO PENDAFTARAN
|
25DIS15F1056
|
ISI KANDUNGAN
BIL
|
PERKARA
|
1
|
PENGHARGAAN
|
2
|
PENDAHULUAN
|
3
|
Kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan dan keringanan
|
4
|
KEMUDHARATAN HENDAKLAH DIHILANGKAN
|
5
|
KESIMPULAN
|
6
|
RUJUKAN
|
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu,saya bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurniaNya dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Kami pelajar dari Diploma Teknologi Maklumat dan Keselamatan telah berjaya menyiapkan kerja kursus Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam (DUA 2012) berdasarkan tempoh yang telah diberi.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada
Ustazah Suraini binti Hj. Ripin selaku pensyarah sains teknologi dan
kejuruteraan dalam Islam yang telah banyak memberi panduan serta dorongan dan
bimbingan sepanjang saya menjalankan projek ini. Beliau telah memberikan
kerjasama dan bimbingan yang amat baik.
Pada kesempatan ini juga , kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu kami dalam pengumpulan maklumat hingga terhasilnya blog kerja kursus ini.Ucapan terima kasih ditujukan khas buat keluarga tercinta,ibu dan bapa kami kerana telah banyak memberi dorongan serta sokongan sepanjang projek ini dijalankan.
Sekalung budi juga buat rakan-rakan kumpulan kami yang sudi meluangkan masa yang telah banyak memberi kerjasama di dalam pencarian maklumat ini.Akhir kata , kami ingin mengucapkan sekali lagi jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu saya sehingga terhasilnya projek ini.Hanya ALLAh yang mampu membalas jasa baik semua.Sekian,terima kasih.
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu,saya bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurniaNya dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Kami pelajar dari Diploma Teknologi Maklumat dan Keselamatan telah berjaya menyiapkan kerja kursus Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam (DUA 2012) berdasarkan tempoh yang telah diberi.
Pada kesempatan ini juga , kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu kami dalam pengumpulan maklumat hingga terhasilnya blog kerja kursus ini.Ucapan terima kasih ditujukan khas buat keluarga tercinta,ibu dan bapa kami kerana telah banyak memberi dorongan serta sokongan sepanjang projek ini dijalankan.
Sekalung budi juga buat rakan-rakan kumpulan kami yang sudi meluangkan masa yang telah banyak memberi kerjasama di dalam pencarian maklumat ini.Akhir kata , kami ingin mengucapkan sekali lagi jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu saya sehingga terhasilnya projek ini.Hanya ALLAh yang mampu membalas jasa baik semua.Sekian,terima kasih.
PENDAHULUAN
Manusia
mempunyai berbagai-bagai tabiat semulajadi. Allah s.w.t mencipta dan memberikan
kepada kita dua kekuatan iaitu kekuatan sama ada mahu melakukan kebaikan atau
melakukan kejahatan. Jiwa manusia juga seringkali terlalai daripada mengingati
roh syariat lalu mereka melakukan kerosakan di muka bumi kerana keegoan dan
mementingkan diri sendiri dengan melanggar hak-hak orang lain. Jika jiwa
manusia ini dibiarkan begitu sahaja tanpa ada penghalang yang menyekat mereka daripada melakukan kerosakan kepada masyarakat nescaya perasaan takut, permusuhan dan persengketaan akan berleluasa dan menyebabkan institusi kemasyarakatan akan musnah dan
longgar.
Segala kemudharatan yang berlaku wajib
dihilangkan dan dihapuskan. Kaedah ini merupakan salah satu kaedah yang
berkenaan masalah kemudaratan. Ada antara kaedah yang menghalang kemudaratan itu
daripada dilakukan manakala kaedah ini pula menerangkan tentang kewajipan untuk
menghilangkan kemudaratan tersebut apabila ia berlaku. Oleh itu, kaedah ini
menunjukkan bahawa apabila berlaku sesuatu kemudaratan yang menimpa mana-mana pihak, maka kemudaratan itu wajib dihilangkannya
daripada terus ditanggung.
Kemudaratan
itu harus dihilangkan dengan membawa pengertian bahawa kemudaratan telah
terjadi. Lantaran itu, apabila keadaan demikian berlaku, ia wajib dihilangkan.
Kaedah ini juga membawa maksud sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya mestilah dihapuskan dan perkara yang merbahaya itu juga
hendaklah dihilangkan.
1.KESUKARAN MENJADI SEBAB KEPADA KEMUDAHAN DAN KERINGANAN
Kaedah ini bermaksud, apabila terdapat sesuatu kesusahan atau kesulitan dalam menunaikan dan melaksanakan perintah Allah, maka perintah itu diringankan , tidak seperti asalnya. Kaedah ini berdasarkan dalil al-Qur’an dan hadis :
a) Sebagaimana firman Allah:
يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمْ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمْ الْعُسَ
Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.
b) Firman Allah lagi:
وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ
Terjemahan: Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan)
c) Hadis daripada Abu Hurairah yang diriwayat oleh Buhari dan Muslim :
وَإِنَّمَا بُعِثْتُمْ مُيَسِّرِينَ وَلَمْ تُبْعَثُوا مُعَسِّرِينَ
Sesungguhnya kamu diutus untuk memudahkan dan bukan diutus untuk menyusahkan.
Berdasarkan kaedah tersebut, meletakkan bebanan itu menjadi kesukaran terhadap hamba-hamba, untuk itu kesusahan tersebut juga menjelaskan kepada kita bahawa agama Islam itu membawa konsep kemudahan terhadap umatnya dan memberi keringanan bukan kesusahan dan kesempitan. Walaupun begitu, mestilah terlebih dahulu menentukan musyaqqah atau kesusahan yang menjadi sebab keringanan.
Walaupun pada zahirnya dalam syariat Islam dan kehidupan seharian manusia mempunyai taklif yang juga berbentuk musyaqqah atau kesusahan seperti kewajipan mencari rezeki dengan sepenuh tenaga dan kewajipan menunaikan tuntutan agama, namun sebenarnya itu bukan merupakan satu musyaqqah bagi manusia. Tuntutan taklif tersebut tidak dikira musyaqqah atau kesusahan kerana dari segi adat dan kebiasaaan tidak menjadi bebanan kepada manusia bahkan satu keperluan kepada mereka.
Contohnya puasa dalam
bulan ramadhan tidak dapat diteruskan kerana kesakitan yang melampaui hingga
menyebabkan seseorang itu terpaksa berbuka atau diberikan kelonggaran untuk
tidak berpuasa.
Selain itu juga dalam syariat terdapat
kesusahan yang tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan. Untuk itu, kesusahan
tersebut tidak boleh menjadi sebab untuk mewujudkan kemudahan atau keringanan
atau rukhsah. Sekiranya dalam hal tersebut dan semua perkara diberi rukhsah,
sudah pasti manusia tidak akan hidup sempurna. Contohnya, sekiranya mereka
tidak berusaha dan gigih mencari rezeki, mereka akan kelaparan. Sedangkan
mencari rezeki itu adalah wajib kemudian barulah berserah kepada Allah S.W.T.
2.KEMUDARATAN HENDAKLAH DIHILANGKAN
Maksud
Hadis
Nabi S.A.W: لأ ضــرر ولأ ضــرار
KESIMPULAN
• Sesuatu perkara yg boleh mendatangkan bahaya atau
kemudharatan mestilah dihapuskan.
• Perkara
yang mendatangkan bahaya itu mestilah dihilangkan
Sesuatu yang membawa kemudharatan tidak boleh
dihilangkan dengan kemudharatan
Hadis
Nabi S.A.W: لأ ضــرر ولأ ضــرار
Maksudnya “Tidak dibenarkan melakukan kemudaratan
dan membalas sesuatu dengan kemudaratan.
•
Sesuatu perkara yang dilarang oleh syara’
boleh bertukar menjadi harus ketika dharurat.
• Islam mengharamkan segala tindakan yang boleh
membawa kepada kemudaratan samada kepada diri, orang lain dan alam sekitar.
Dalam masa yang sama, islam melarang tindak balas kepada sesuatu tindakan
daripada pihak lain yang boleh memberikan kemudaratan.
•
Keharusan yang diberikan kerana dharurat
adalah dinamakan rukhsah
•
Rukhsah akan hilang apabila hilangnya dharurat
tersebut (kembali kepada hukum asal)
Contoh:
- Diharuskan melafazkan kalimah kufur kerana paksaan disamping hatinya
kekal beriman
- Harus makan bangkai dan arak ketika dharurat
- Harus menggali kubur untuk mengeluarkan mayat yang dikebumikan tanpa
dimandi dan dikafankan
- Harus melihat aurat kerana dharurat ketika keperluan perubatan
- Harus memandang wanita untuk tujuan dipinang, mengajar, muamalat dan
perubatan
Sesuatu
Yang Diharuskan Ketika Dharurat Adalah Mengikut Kadarnya
- Keharusan melakukan perkara dilarang ketika dharurat adalah
bertujuan menolak mudharat pada waktu itu sahaja
- Keharusan kerana dharurat samada dibuat atau tidak adalah sekadar
yang boleh menolak kemudharatan sahaja.
- Keharusan tersebut tidak boleh melebihi had keharusannya
Contoh
- Keharusan seorang doktor melihat aurat wanita dibataskan pada tempat
yang sakit sahaja.
- Wanita tidak harus mendapatkan rawatan dari doktor lelaki sekiranya
ada doktor wanita yang boleh merawatnya.
- Seorang yang diminta pendapatnya tentang peribadi seseorang yang
dipinang memadai dengan sekadar sindiran sahaja.
- Seorang gila hanya boleh dikahwinkan dengan seorang isteri sahaja
(Sekadar memenuhi tuntutannya)
Kesimpulannya
kaedah tersebut merupakan satu kaedah yang boleh digunakan demi menjaga kemaslahatan
individu khususnya dan masyarakat amnya. Kaedah ini juga menunjukkan betapa agama
Islam dan syariatnya itu begitu mengambil berat mengenai kepentingan manusia
tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan serta menolak kemudaratan dan
kerosakan yang berlaku serta yang bakal berlaku. Semua hukum yang telah
diputuskan oleh syarak tidak lain dan tidak bukan hanyalah bertujuan
untuk mengelakkan daripada berlaku kemudaratan yang menjadi salah satu
antara tujuan utama mengapa syariat Islam didatangkan oleh Allah s.w.t ke atas
muka bumi ini.
RUJUKAN
·
Buku DUA2012 sains teknologi dan kejuteraan dalam
islam
Subscribe to:
Posts (Atom)