Monday 7 March 2016

2.KEMUDARATAN HENDAKLAH DIHILANGKAN

Maksud

•         Sesuatu perkara yg boleh mendatangkan bahaya atau kemudharatan mestilah dihapuskan.


•         Perkara yang mendatangkan bahaya itu mestilah dihilangkan
        Sesuatu yang membawa kemudharatan tidak boleh dihilangkan dengan kemudharatan




Hadis Nabi S.A.W:     لأ ضــرر ولأ ضــرار





Maksudnya “Tidak dibenarkan melakukan kemudaratan dan membalas sesuatu dengan kemudaratan.


      Sesuatu perkara yang dilarang oleh syara’ boleh bertukar menjadi harus ketika dharurat.

  Islam mengharamkan segala tindakan yang boleh membawa kepada kemudaratan samada kepada diri, orang lain dan alam sekitar. Dalam masa yang sama, islam melarang tindak balas kepada sesuatu tindakan daripada pihak lain yang boleh memberikan kemudaratan.

      Keharusan yang diberikan kerana dharurat adalah dinamakan rukhsah

      Rukhsah akan hilang apabila hilangnya dharurat tersebut (kembali kepada hukum asal)


Contoh:

  1. Diharuskan melafazkan kalimah kufur kerana paksaan disamping hatinya kekal beriman
  2. Harus makan bangkai dan arak ketika dharurat
  3. Harus menggali kubur untuk mengeluarkan mayat yang dikebumikan tanpa dimandi dan dikafankan
  4. Harus melihat aurat kerana dharurat ketika keperluan perubatan
  5. Harus memandang wanita untuk tujuan dipinang, mengajar, muamalat dan perubatan


Sesuatu Yang Diharuskan Ketika Dharurat Adalah Mengikut Kadarnya              


  1. Keharusan melakukan perkara dilarang ketika dharurat adalah bertujuan menolak mudharat pada waktu itu sahaja
  2. Keharusan kerana dharurat samada dibuat atau tidak adalah sekadar yang boleh menolak kemudharatan sahaja.
  3. Keharusan tersebut tidak boleh melebihi had keharusannya



Contoh

  1. Keharusan seorang doktor melihat aurat wanita dibataskan pada tempat yang sakit sahaja.
  2. Wanita tidak harus mendapatkan rawatan dari doktor lelaki sekiranya ada doktor wanita yang boleh merawatnya.
  3. Seorang yang diminta pendapatnya tentang peribadi seseorang yang dipinang memadai dengan sekadar sindiran sahaja.
  4. Seorang gila hanya boleh dikahwinkan dengan seorang isteri sahaja (Sekadar memenuhi tuntutannya)

 KESIMPULAN

Kesimpulannya kaedah tersebut merupakan satu kaedah yang boleh digunakan demi menjaga kemaslahatan individu khususnya dan masyarakat amnya. Kaedah ini juga menunjukkan betapa agama Islam dan syariatnya itu begitu mengambil berat mengenai kepentingan manusia tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan serta menolak kemudaratan dan kerosakan yang berlaku serta yang bakal berlaku. Semua hukum yang telah diputuskan oleh syarak tidak lain dan tidak bukan hanyalah bertujuan untuk mengelakkan daripada berlaku kemudaratan yang menjadi salah satu antara tujuan utama mengapa syariat Islam didatangkan oleh Allah s.w.t ke atas muka bumi ini.



RUJUKAN

·         Buku DUA2012 sains teknologi dan kejuteraan dalam islam




No comments:

Post a Comment