Monday 7 March 2016

PENDAHULUAN

Manusia mempunyai berbagai-bagai tabiat semulajadi. Allah s.w.t mencipta dan memberikan kepada kita dua kekuatan iaitu kekuatan sama ada mahu melakukan kebaikan atau melakukan kejahatan. Jiwa manusia juga seringkali terlalai daripada mengingati roh syariat lalu mereka melakukan kerosakan di muka bumi kerana keegoan dan mementingkan diri sendiri dengan melanggar hak-hak orang lain. Jika jiwa manusia ini dibiarkan begitu sahaja tanpa ada penghalang yang menyekat mereka daripada melakukan kerosakan kepada masyarakat nescaya perasaan takut, permusuhan dan persengketaan akan berleluasa dan menyebabkan institusi kemasyarakatan akan musnah dan longgar.

Segala kemudharatan yang berlaku wajib dihilangkan dan dihapuskan. Kaedah ini merupakan salah satu kaedah yang berkenaan masalah kemudaratan. Ada antara kaedah yang menghalang kemudaratan itu daripada dilakukan manakala kaedah ini pula menerangkan tentang kewajipan untuk menghilangkan kemudaratan tersebut apabila ia berlaku. Oleh itu, kaedah ini menunjukkan bahawa apabila berlaku sesuatu kemudaratan yang menimpa mana-mana pihak, maka kemudaratan itu wajib dihilangkannya daripada terus ditanggung.

Kemudaratan itu harus dihilangkan dengan membawa pengertian bahawa kemudaratan telah terjadi. Lantaran itu, apabila keadaan demikian berlaku, ia wajib dihilangkan. Kaedah ini juga membawa maksud sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya mestilah dihapuskan dan perkara yang merbahaya itu juga hendaklah dihilangkan.

No comments:

Post a Comment