Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu,saya bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurniaNya dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Kami pelajar dari Diploma Teknologi Maklumat dan Keselamatan telah berjaya menyiapkan kerja kursus Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam (DUA 2012) berdasarkan tempoh yang telah diberi.
Pada kesempatan ini juga , kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu kami dalam pengumpulan maklumat hingga terhasilnya blog kerja kursus ini.Ucapan terima kasih ditujukan khas buat keluarga tercinta,ibu dan bapa kami kerana telah banyak memberi dorongan serta sokongan sepanjang projek ini dijalankan.
Sekalung budi juga buat rakan-rakan kumpulan kami yang sudi meluangkan masa yang telah banyak memberi kerjasama di dalam pencarian maklumat ini.Akhir kata , kami ingin mengucapkan sekali lagi jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu saya sehingga terhasilnya projek ini.Hanya ALLAh yang mampu membalas jasa baik semua.Sekian,terima kasih.
No comments:
Post a Comment