Monday 7 March 2016

1.KESUKARAN MENJADI SEBAB KEPADA KEMUDAHAN DAN KERINGANAN


Kaedah ini bermaksud, apabila terdapat sesuatu kesusahan atau kesulitan dalam menunaikan dan melaksanakan perintah Allah, maka perintah itu diringankan , tidak seperti asalnya. Kaedah ini berdasarkan dalil al-Qur’an dan hadis :


a) Sebagaimana firman Allah:
 يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمْ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمْ الْعُسَ                                                   
 Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.

b) Firman Allah lagi:
                                            وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ
 Terjemahan: Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan)

c) Hadis daripada Abu Hurairah yang diriwayat oleh Buhari dan Muslim :
وَإِنَّمَا بُعِثْتُمْ مُيَسِّرِينَ وَلَمْ تُبْعَثُوا مُعَسِّرِينَ                                       
Sesungguhnya kamu diutus untuk memudahkan dan bukan diutus untuk menyusahkan.


            Berdasarkan kaedah tersebut, meletakkan bebanan itu menjadi kesukaran terhadap hamba-hamba, untuk itu kesusahan tersebut juga menjelaskan kepada kita bahawa agama Islam itu membawa konsep kemudahan terhadap umatnya dan memberi keringanan bukan kesusahan dan kesempitan. Walaupun begitu, mestilah terlebih dahulu menentukan musyaqqah atau kesusahan yang menjadi sebab keringanan.


            Walaupun pada zahirnya dalam syariat Islam dan kehidupan seharian manusia mempunyai taklif yang juga berbentuk musyaqqah atau kesusahan seperti kewajipan mencari rezeki dengan sepenuh tenaga dan kewajipan menunaikan tuntutan agama, namun sebenarnya itu bukan merupakan satu musyaqqah bagi manusia.  Tuntutan taklif tersebut tidak dikira musyaqqah atau kesusahan kerana dari segi adat dan kebiasaaan tidak menjadi bebanan kepada manusia bahkan satu keperluan kepada mereka.

            Contohnya puasa dalam bulan ramadhan tidak dapat diteruskan kerana kesakitan yang melampaui hingga menyebabkan seseorang itu terpaksa berbuka atau diberikan kelonggaran untuk tidak berpuasa.

Selain itu juga dalam syariat terdapat kesusahan yang tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan. Untuk itu, kesusahan tersebut tidak boleh menjadi sebab untuk mewujudkan kemudahan atau keringanan atau rukhsah. Sekiranya dalam hal tersebut dan semua perkara diberi rukhsah, sudah pasti manusia tidak akan hidup sempurna. Contohnya, sekiranya mereka tidak berusaha dan gigih mencari rezeki, mereka akan kelaparan. Sedangkan mencari rezeki itu adalah wajib kemudian barulah berserah kepada Allah S.W.T.


No comments:

Post a Comment